Filipina umum kerja 4 hari seminggu


Filipina semalam mengumumkan pelaksanaan kerja empat hari seminggu untuk pekerja sektor awam di bandar raya ini atas alasan untuk untuk mengurangkan kesesakan trafik yang semakin teruk di ibu negara ini.

Menerusi skim baru itu, pejabat kerajaan di bandar raya Manila mempunyai pilihan untuk memilih peraturan baru itu bagi menggantikan skim kerja lima hari seminggu.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (CSC) Dr Francisco Duque berkata, ia juga bertujuan membolehkan kakitangan awam menyeimbangkan kehidupan dan kerja untuk meningkatkan kecekapan.

Bagaimanapun, Duque, bekas Setiausaha Kesihatan berkata, masalah utama yang mendorong pelaksanaan skim baru itu ialah keadaan trafik di Manila.

“Setiap hari pekerja awam dan swasta berdepan dengan masalah untuk ke tempat kerja kerana kesesakan trafik. Mereka menghabiskan masa yang banyak untuk ke tempat kerja daripada melaksanakan tugas,” katanya.

Beliau bagaimanapun menjelaskan, walaupun kakitangan awam bekerja empat hari seminggu, mereka perlu menghabiskan 40 jam waktu bekerja sepanjang tempoh itu, bermakna waktu bertugas mereka ditambah dua jam setiap hari, menjadi 10 jam berbanding lapan jam sebelum ini. - Agensi

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar