iPhone 6 bengkok hanya sebilangan kecil Jer, Kata Apple

apple phone

Apple akhirnya memberikan reaksi tentang iPhone 6 Plus yang dikatakan mudah bengkok.

Kontroversi itu bermula di media sosial dan turut di dedahkan melalui YouTube milik “unbox therapy” yang kini mengumpul lebih 31 juta tontonan walaupun baru dimuat naik dalam tempoh tiga hari.

Menurut Apple, sepanjang enam hari pertama selepas penjualan iPhone 6 dan iPhone 6 Plus, hanya 9 laporan rasmi dibuat oleh pembeli yang telah menghubungi mereka berkaitan dengan iPhone 6 Plus yang mudah bengkok.

Ini sekaligus menunjukkan bahawa hanya sebilangan kecil pembeli mengalami masalah tersebut.

Apple turut menyakinkan pengguna bahawa peranti iPhone 6 dan iPhone 6 Plus mereka telah melalui pelbagai siri kejuruteraan sebelum dipasarkan kepada umum.

Apple turut memberikan jaminan untuk menggantikan peranti baru jika pembeli mendapati iPhone mereka bengkok disebabkan ianya diletakkan dalam poket seluar.

Read more at: http://www.astroawani.com

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar