Kasih Berbisik, TV3 dan Suria (2014)

Drama TV3 dan Suria

Kasih Berbisik yang akan bermula malam ini (1/10/14) di TV3 (9 malam) dan Suria (9.30 malam).

Pengarah: Jamal Khan
Penerbit: Encik Zulkeflee Said dan Puan Sabariah Ramilan
Terbitan: Primeworks Studios dan MediaCorp Eaglevision
Jumlah Episod: 13
Pelakon: Remy Ishak (Imran), Nurul Aini (Nora), Demmy Febriana (Sulastri), Keith Foo (Dharma), Tasha Shila (Tina), Nick Mikhail (Andi)

Lagu Tema: Taufik Batisah - Menakluk Cinta

Fuhh.. confirm mesti best ni guys! jgn tak tengok tau...

Sinopsis Kasih Berbisik. Berlatar belakang metropolitan Singapura, kehijauan panorama di Malaysia dan suasana eksotik Bali, Kasih Berbisik adalah kisah klasik cinta yang tidak kesampaian dan persahabatan yang menjadi keruh. Drama ini berkisar kehidupan Imran, seorang arkitek Singapura yang pergi ke Bali untuk bekerja tetapi menemui cinta hatinya, Sulastri, seorang penari Bali. Imran menyimpan rahsia perkahwinannya dengan Sulastri daripada isteri pertamanya, Nora. Setahun kemudian Sulastri melahirkan bayi perempuan bernama Eka.

Pada masa yang sama, Dharma, bekas teman lelaki Sulastri, telah bertekad untuk memilikinya semula walau dengan apa cara sekalipun. Perasaan dendam yang membara menguasai diri Dharma apabila mengetahui Imran telahpun mengahwini Sulastri dan merahsiakan perkahwinan pertamanya daripada Sulastri.

Pelbagai peristiwa yang tidak dijangka dan rahsia silam yang menyusul pasti akan membuatkan para penonton tidak lekang menonton drama 13 episod ini.

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13

Close Group KB - KBerbisik backup link

+ comments + 5 comments

15 November 2014 6:37 PTG

as salam kaze. link eps 7 file not found kat zippyshare.. fix please..

19 November 2014 10:52 PG

wsm PyanCarey sila ke KBClosedGroup

19 November 2014 7:48 PTG

tak boley la abang kaze.. die ckap kene invited dlu bru ley view blog tu laa..

21 November 2014 9:14 PTG

tu yg lama, group yg baru

25 Disember 2014 9:42 PG

Assalamualaikum Kaze

Episod 13 tak upload ke ?

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar