Besi spring buaian terputus terkena mata kanak²

Spring buai putus

Di Georgetown, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun menempuh pengalaman memeritkan apabila besi penyangkut buaian yang baru sebulan dibeli putus sebelum menikam mata kanannya ketika dia berada dalam buaian berkenaan dalam kejadian di rumahnya di Seberang Jaya, dekat sini, tengah malam Sabtu lalu.

Kejadian berlaku pada jam 12.30 tengah malam ketika mangsa, Muhammad Adam Mukris Faizal (4 tahun), leka berayun di dalam buaian berkenaan sambil bermain permainan komputer menerusi telefon bimbit.

Bapa mangsa, Faizal Sikh Mohd, 36, berkata, kejadian berlaku ketika dia baru pulang dari berniaga dan bersiap-siap untuk mandi.

Beliau berkata, ketika itu, Adam berada dalam buaian sambil memegang telefon bimbit dan tiba-tiba satu daripada dua besi spring buaian putus mengakibatkan ia melantun dan mengenai mata kanan anak ketiga daripada lima beradik itu.

"Saya yang terperanjat terus menghampiri Adam dan melihat darah mengalir keluar dari matanya, manakala kelopak mata pula menonjol keluar." (HMetro)

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar