Dua Maut di Pelantar Minyak Kerteh

Kemaman Terengganu
Gambar hiasan

Di Kerteh, Seorang juruteknik dan seorang mekanik sebuah syarikat carigali minyak maut selepas terjatuh pada ketinggian 35 meter dalam kejadian di pelantar minyak Ensco-104 di Kerteh, di sini malam semalam.

Kedua-duanya dikenali sebagai Valentine Girak, 31, dan Gabriel Lembang, 29, berasal dari Sarawak.

Kejadian berlaku kira-kira 11.04 malam ketika kedua-duanya sedang memeriksa sebuah bot keselamatan di pelantar itu sebelum bot berkenaan tiba-tiba terjatuh ke dalam laut.

Kedua-dua mereka maut akibat kecederaan parah pada bahagian kepala. Mayat mereka dihantar ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kemaman, Che Suza Che Hitam ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut. (Bernama)

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar