Duit 70 Ribu Dalam Bank Lesap

Duit Bersara

Di Setiu, Terengganu. Seorang pesara Jabatan Kerja Raya (JKR) yang menyimpan wang baki ganjaran pencennya berjumlah RM70,000 di sebuah bank di Bandar Permaisuri di sini, terkejut apabila mendapati wang simpanannya lesap petang semalam.

Johari Che Ismail, 57, yang tinggal di Taman Kancil Jaya di sini menyedari kejadian itu selepas cuba mengeluarkan wang daripada mesin pengeluaran wang automatik (ATM) pada jam 1.50 petang semalam, dan mendapati wang baki pencennya yang disimpan sejak Mac lepas hanya berbaki RM42 sahaja.

Ekoran itu beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Bandar Permaisuri di sini pada 4 petang semalam. (BHarian)

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar