Senapang Angin Buatan Orang Vietnam RM150

PDRM

Di Tampin, dengan bermodalkan batang paip PVC serta beberapa barangan murah dan terbuang, seorang pekerja kilang kayu warga Vietnam di Gemas Baru di sini mampu menghasilkan selaras senapang angin sehari.

MacGyver berusia 27 tahun itu kemudian menjual senjata buatan sendiri itu yang menggunakan peluru biji guli kepada penduduk setempat dengan harga RM150 hingga RM200 setiap laras bagi memperoleh pendapatan sampingan.

Selain paip PVC, senapang angin yang dihasilkan itu turut menggunakan injap, pemetik api, tabung spirit, ethanol, batang besi, kayu dan pembidik laser.
Bagaimanapun, kegiatan bahaya lelaki itu terbongkar apabila dia ditahan oleh Jabatan Imigresen negeri di rumah kongsi berdekatan kilang tersebut yang terletak berhampiran sebuah ladang di Segamat, Johor, kira-kira 600 meter sempadan ne­geri ini.

Utusan Malaysia difahamkan, kegiatan berkenaan telah dilakukan sejak beberapa bulan lalu dan beberapa laras senjata buatan sendiri itu telah berjaya dijual.
Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman berkata, hasil serbuan ke rumah kongsi berkenaan kira-kira pukul 3.30 pagi itu turut menemui tiga laras senapang angin berkenaan selain aksesori yang boleh disambung menjadi dua laras senjata itu.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar