Gemersik Kalbu, Akasia TV3 (2012)

Akasia TV3

Gemersik Kalbu mengisahkan suka duka Raihana, seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia. Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang sama kerjaya dengannya membenihkan bibit-bibit cinta. Namun, setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pula pergi menyahut panggilan ilahi. Raihana bagai terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri.

Kehadiran Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana kerana baginya cinta bukan satu paksaan mahupun lahir atas rasa simpati. Sufian yang begitu bersungguh memenangi hati Raihana telah berjaya menjerat si gadis dalam satu ikatan perkahwinan. Namun, Raihana bersikap dingin membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta kerana Wan Ariffin masih segar di hatinya. Mampukah Raihana menerima keikhlasan dan kasih sayang Sufian, suaminya yang sah dengan sepenuh hati?

+ comments + 2 comments

31 Oktober 2014 11:49 PTG

Thank you so much, terima kasih banyak-banyak. Ini je satu-satu source yang tinggal for watching Gemersik Kalbu. Thanks a lot.

23 Oktober 2016 11:24 PTG

Pls nk tgk gemersik kalbi seluruh episod

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar