Harga Galaxy Note 4 RM2,499

Harga RM2499

Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd melancarkan Galaxy Note 4 ke pasaran tempatan hari ini dengan harga RM2,499.

Dikuasai pemproses Octa Core masing-masing berkekuatan 1.9GHz Quad dan 1.3GHz Quad serta skrin Quad HD Super AMOLED 5.7 inci.

Beroperasi di atas platform sistem operasi Android 4.4 (KitKat) memang amat bertenaga untuk mengaktifkan tugasan berbilang tetingkap.

Kamera belakang dilengkapi sensor beresolusi 16 megapiksel, manakala kamera depan 3.7 megapiksel dengan keupayaan rakaman sudut lebar.

Kuasa bateri ion litium sebesar 3,220 mAh mampu bertahan lebih lama, ditambahbaik pula dengan fungsi cas pantas pada kadar 30 peratus.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar