Lif Plaza Angsana Terjatuh

Plaza Angsana JB

Sebuah lif penumpang terjatuh dari tingkat empat di Plaza Angsana, Johor Bahru, petang ini. Sewaktu kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.35 petang itu, terdapat 14 penumpang di dalam lif berkenaan. Lif dikatakan menjunam dari tingkat empat hingga ke tingkat satu bangunan pusat beli-belah popular berkenaan.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Tampoi, konstabel Faizal Hashim yang mengesahkan kejadian yang berlaku berkata: “Salah seorang daripada mangsa bersama tiga yang lain telah datang ke balai polis untuk membuat laporan dengan kejadian berlaku.” Katanya.

Laporan polis itu dibuat pada jam 4.30 petang tadi. Mengikut laporan tersebut, mangsa bersama 13 lagi telah menaiki salah satu lif di pusat membeli-belah tersebut. Sejurus tiba di tingkat empat, lif dipercayai mengalami kerosakan dan terus terjatuh ke tingkat satu.

Ketika terhempas ke tingkat satu, siling lif terbabit turut telah terjatuh lalu menghempap mangsa.

“Mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.The Rakyat Post cuba menghubungi pihak pengurusan pusat beli-belah Plaza Angsana tetapi talian telefon tidak dijawab. - The Rakyat Post.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar