Myvi Rempuh Pasaraya

Bangsar

Beberapa pekerja termasuk pelanggan di sebuah pasar raya di Persiaran Ara Kiri, Bangsar di sini tergamam apabila nyaris ‘disondol’ sebuah kereta pagi semalam.

Dalam kejadian pada jam 11.30 pagi itu, pemandu kereta terbabit yang memandu kereta Perodua Myvi gagal mengawal keretanya lalu merempuh bahagian rak depan pasar raya itu.

Saksi kejadian yang dikenali sebagai Halim, 35, berkata, ketika itu dia sedang membelek beberapa barangan di hadapan pasar raya itu sebelum dikejutkan dengan rempuhan tersebut.

“Kejadian berlaku dengan cepat, nasib baik saya tidak berada berdekatan kawasan rempuhan itu. JikaSekiranya tidak mungkin saya dirempuh.

“Terdapat ramai pelanggan ketika itu, mujurlah mereka sempat mengelak,” katanya.

Menurutnya, kejadian berlaku disebabkan pemandu wanita berusia 60-an itu tertekan pedal minyak lalu merempuh beberapa buah rak botol air minuman dan makanan ringan berhampiran kaunter juruwang pasar raya itu.

+ comments + 1 comments

8 Oktober 2014 12:21 PTG

macam ini pun boleh... haiissshhh

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar