Oh! Bama, RTM TV2 (2014)

RTM TV2 Telemovie

Oh! Bama (Bahanom Masha) mengisahkan Baharom atau Cikgu Baha, guru Bahasa Malaysia di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur telah berpindah ke sebuah sekolah menengah di sebuah kampung jauh dari Kuala Lumpur. Baharom mengajar Bahasa Malaysia untuk murid-murid tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di kampung itu. Menurut guru besar di situ, tahap pencapaian subjek Bahasa Malaysia murid-murid sekolah itu sangat lemah dan dia meminta Baharom membantu memperbaiki keadaan ini. Maka bermulalah cabaran Baharom di situ. Bukan setakat mengajar murid-murid, dia juga mengajar orang kampung bagaimana menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Ini kerana penduduk-penduduk di situ menggunakan dialek-dialek mereka yang tersendiri. Ada yang bercakap dialek Negeri Sembilan, Perak dan bahasa pasar yang tidak betul.

Terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Pengarah, Cerita & Skrip, Rosli Zulkifli. Lakonan, Remy Ishak, Zulin Aziz, Noryati Taib, Rafe Sumantri, Sura Sojangi, Roslan Madun, Sufian Mohamed, Joey Darus, Carmen Soo, Serina Redzuawan, Melly Amalin, Nurhailee Izzati, Izzy Reef, Aiman Baharum. Penerbit, Rosyam Nor, Runika Mohd Yusof.

Episod 1 - 9/10/14 - Rumah Baru, Semua Baru
Episod 2 - 16/10/14 - Masalah Baru

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar