Promo Episod 8-11 Bila Hati Berbicara

Akasia

Episod 8 Bila Hati Berbicara
Emir mengarahkan Badri memindahkan Tania ke asrama pekerja kilang. Kilang tempat Tania bekerja sebenarnya milik Emir. Tania terkejut apabila Emir dan Badri sendiri yang menghantar Tania ke sana.

Episod 9 Bila Hati Berbicara
Tania menyangka Emir sekadar mahu melawat kilang. Tania cuba menyorok di celah kawan-kawannya takut Emir dengan Badri nampak dia di situ. Bagaimanapun, nasibnya kurang baik

Episod 10 Bila Hati Berbicara
Tania menyangka Emir mahu dia membayar balik semua kos rawatan yang pernah ditanggungnya dahulu. Dia menyerahkan gelang tangannya kepada Emir. Emir hanya mentertawakannya. Dia cuba mempermainkan Tania.

Episod 11 Bila Hati Berbicara
Emir menuduh Badri sengaja membawa masuk penentang dalam syarikat mereka. Sebaliknya Badri mahu menjadikan Tania jambatan penghubung antara penduduk setinggan dengan syarikat.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar