Salju Sakinah, TV Alhijrah (2014)


Sinopsis Salju Sakinah (TV Alhijrah), setiap Selasa 10 malam. Ketika Sumayyah habis duduki exam tahun akhir di Jordan pada masa yang sama ayahnya telah meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya. Sumayyah juga telah menerima emel daripada Afnan.

Terbitan : World Evolution Brain
Penerbit : Jurey Rosli
Pengarah : Hazreen Hakim
Skrip : Zabidi Mohamed
Novelis: Zaid Akhtar
Lakonan: Rf Mbq Balqish Semundur Khan, Yus Waisar, Kay Muhid Aizad Rosli Roslan Saleh Raja Al-Jaff Jiry Damery Zzamrie Gk Zamrie Kamal Bakar Leeza Zain

Sinopsis versi novel. Karya tulisan Zaid Akhtar ini berkisarkan tentang kehidupan seorang gadis bernama Sumayyah di Irbid sebagai seorang siswi / pemimpin siswi dan sebagai seorang anak, adik, jiran, bos, dan penceramah muslimah di kampung halamannya.

Permulaan ceritanya mencipta kenangan dan memori tersendiri buat Sumayyah, yang seterusnya akan membuka lembaran baru untuknya. Sesuatu yang tidak diduga oleh pembaca.

Jalan cerita mula berkembang apabila Sumaiyyah tiba di tanah air. Satu demi satu ujian yang dihadapinya benar-benar menguji kewarasan, kesabaran, jati diri dan maruahnya dalam setiap tindakannya. Bermula daripada keluarga, syarikat, agama, masyarakat dan diri Sumayyah sendiri. Isu-isu yang dibangkitkan adalah perkara yang terjadi di persekitaran kita tetapi kadang-kadang kita berada di luar kemampuan manusia untuk mengawalnya. Ujian yang bertimpa-timpa menghimpit Sumayyah dalam satu masa, benar-benar turut sama menghimpit jiwa pembaca. Penulis banyak bermain dengan emosi Sumayyah sehingga pembaca dapat merasai kekecewaan, kemarahan, kesedihan, kesyukuran, kelapangan, kegembiraan Sumayyah. Atau lebih tepat lagi emosi pembaca wanita.

Penulis juga secara halus, menyentuh soal hiburan, eksploitasi dan aurat wanita. Ianya tidak diceritakan secara panjang lebar tetapi cukup dengan melihat respon watak-watak di dalam cerita ini. Penulis sebenarnya menegur pembaca supaya lebih sensitif dengan isu-isu yang dipandang ringan ini.

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13

+ comments + 1 comments

25 Januari 2015 4:23 PG

episode 5,6,7 mmg xde link ke bang kaze??

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar