Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL29)


Lagu Apa Khabar ciptaan SonaOne dan JoeFlizzow nyanyian Joe Flizzow dan SonaOne mengungguli Anugerah Juara Lagu Ke-29 (AJL29) yang disiarkan secara langsung di Stadium Putra Bukit Jalil di sini semalam. Kemenangan lagu itu melayakkan gandingan pencipta dan penyanyi berkenaan membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi.

Naib juara dimenangi lagu Masih Aku Cipta nyanyian Shila Amzah ciptaan sepenuhnya oleh Shila Amzah serta membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000 dan trofi.

Tempat ketiga dimenangi lagu Di Pintu Syurga ciptaan Tam Spider dan Imran Iman dendangan Dayang Nurfaizah. Hadiah ketiga berupa wang tunai RM20,000 dan trofi.


Vokal Terbaik turut menyaksikan kejayaan Dayang Nurfaizah yang membawa pulang wang tunai RM12,000 berserta trofi.

Persembahan Terbaik pula menjadi milik kumpulan Mojo menerusi lagu Romancinta dan turut memenangi wang tunai RM12,000 dan trofi.


Dihoskan AG HotFM dan Scha Alyahya, AJL29 menampilkan tema Gema Dalam Muzik tahun ini dan diserikan persembahan selingan hebat antaranya dari kumpulan Headwind, Tomok, Roni Hyperact dan peserta Mentor musim baru.

Anugerah Juara Lagu Ke-29 dipancarkan secara langsung di TV3 oleh Pamoga dan Qu Puteh sebagai penaja utama dan Nu Sentral selaku penaja bersama.

Zips link

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar