Nona 2015, TV3

Fouziah Gous

Rancangan Nona (TV3) adalah sebuah rancangan majalah yang diterbitkan oleh TV3 dan disiarkan pada setiap hari Ahad pada jam 2:00 petang. Rancangan ini mula disiarkan pada 25 Ogos 1985 pada pukul 7:05 malam, dan pada penghujung 1980-an, waktu siaran adalah pada pukul 10:30 pagi. Format rancangan tersebut diambil dari sebuah majalah wanita yang diterbitkan oleh Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd.

Rancangan ini pernah direhatkan selama tiga bulan pada awal tahun 2004, selepas pengunduran Normala Samsudin. Rancangan ini telah dihoskan oleh pelbagai pengacara sejak mula disiarkan pada tahun 1985.

Pengacara dahulu (1985 - sekarang)
Ezzah Aziz Fawzy
Normala Samsuddin
Azizah Ariffin
Norjuma Habib
Vanida Imran
Maya Karin
Fara Fauzana
Neelofa
Fouziah Gous

Episod 1 - 4/1/15

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar