Suami Sebelah Rumah, Iris TV3 (2015)

Izzue Ayda

Suami Sebelah Rumah drama (adaptasi novel) terbaru di Slot Iris akan mula bersiaran pada 2 Mac 2015. Bersiaran Isnin hingga Khamis 6.30 petang. Lakonan Izzue Islam dan Ayda Jebat.

Sinopsis Suami Sebelah Rumah
Dia tidak dipaksa untuk menerima Amar menjadi suaminya namun Eryna tetap enggan membenarkan lelaki itu mengetuk pintu hatinya. Tanpa pengetahuan ibu bapa masing-masing Eryna memaksa Amar untuk tinggal berasingan. Amar tidak mahu kecewa dengan sikap isterinya. Dia akur kehendak Eryna namun dalam masa sama dia berusaha untuk memikat hati si isteri. Cara terbaik ialah dengan menjadi suami sebelah rumah Eryna.

Satu hari Eryna terkejut apabila Amar menghulurkan mangkuk tingkat kepadanya. Rupa-rupanya lelaki itu masakkan dia makanan kegemarannya. Hati Eryna mula terbersit rasa suka. Tiba-tiba, Anis (kawan serumah Eryna) mengaku cintakan Amar. Begitu juga dengan rakan sekerja Amar, Doktor Wani. Eryna cemas. Jadi, dia berusaha untuk memastikan Amar hanya cintakan dia seorang sahaja.

Azlan, bekas kekasih Eryna menagih kasih gadis itu semula. Amar cemburu tapi semakin giatkan usaha memikat Eryna. Baginya, “The best man wins”. Suasana jadi kelam kabut apabila ibu bapa mereka datang bertandang. Eryna terpaksa tinggal di rumah Amar dan macam-macam terjadi kerana helah Eryna selama ini sudah diketahui oleh mereka.

Akhirnya Eryna mengalah. Dia tahu bahawa dia bersalah dan meminta maaf kepada Amar. Amar bukan lagi suami sebelah rumah kerana Eryna memilih untuk tinggal serumah dengannya dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri kepada lelaki itu.

Lagu latar/tema Suami Sebelah Rumah
Aisha Hanim - Mata Kunci Cinta, KRU - Tidak Pernah Berjumpa,

+ comments + 5 comments

22 Mac 2015 5:56 PG

Knp episode awal cerita x boley tonton??

25 Julai 2015 6:30 PTG

dah kena deleted ehh...

26 Julai 2015 9:45 PTG

ada masa nnti update baru

7 November 2016 8:53 PG

nak tgk citer ni balik admin....

7 November 2016 7:09 PTG

Citer lama guys.. dh xdo

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar