Ajaibnya Cinta, Lestary TV3 (2015)

Nora Danish, Shaheizy Sam

Ajaibnya Cinta drama terbaru di Slot Lestary TV3 mulai 18 Mac 2015. Menyusul selepas drama Delina. Ditayangkan setiap Rabu dan Khamis pukul 9 malam. Lakonan Nora Danish dan Shaheizy Sam.

Sinopsis Ajaibnya Cinta
Semuanya bermula apabila Akif mengenali Hammara, lalu terpesona dengan kecantikannya sehingga sanggup beralih arah dari bidang seni bina kepada akidah dan falsafah. Dia juga berubah dari seorang yang berfikiran terbuka kepada lelaki yang tegas berpegang kepada hukum agama.

Halimaton tidak berpuas hati dengan perubahan mendadak kekasihnya dan cuba mencari punca di sebalik perubahan Akif. Dalam masa yang sama, Akif jatuh hati pada jirannya dan dalam diam, dia dicintai oleh seorang ahli perniagaan wanita yang menggunakan berbagai cara untuk memikatnya.

Akif mencintai keempat-empat wanita tersebut dan takut hendak mengkhianati cinta mereka. Apakah ini cinta atau nafsu? Siapakah yang menjadi pilihan hati Akif?

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar