Hajat, Drama Festival KL (2015)

El Ungku Ismail

Hajat drama sempena DFKL2015 tayang pada 29 Mac, pukul 10 malam ini. Lakonan Ungku Ismail, Wan Sharmila, adik Muhammad Airil Azimi, Roy Azman, Didie Alias, Hilal Azman, Rosnah Johari. Skrip Azlina Pa’wan, pengarah Raja Ahmad Alauddin.

Sinopsis Hajat
Dilla (Wan Sharmila) dan Imam (Ungku Ismail) berkahwin selepas tamat pengajian di universiti. Dilla melahirkan anak sulung mereka, Haykal, semasa berumur 23 tahun. Kedua-duanya bekerja keras untuk mengumpul harta pada usia muda. Dilla selalu merungut tetapi Imam menegaskan bahawa semua itu adalah rancangan jangka panjang.

Perancangan yang Imam buat memang bijak tetapi memerlukan pengorbanan yang besar. Tekanan hidup menyebabkan mereka berdua sering bertengkar dan bermasam muka. Haykal ditinggalkan bersama ibu bapa Imam, Ismail dan Lili yang mengamalkan cara hidup moden. Haykal dididik supaya menjadi cerdik. Namun, didikan agama tidak dititikberatkan.

Konflik bermula apabila ibu bapa Dilla, Ahmat dan Lijah datang menziarah. Mereka menegur Imam yang meninggalkan solat. Bimbangkan Haykal membesar tanpa didikkan agama, Ahmat dan Lijah mengajar Haykal dengan cara menakut-nakutkan Haykal melalui gambaran seksaan di neraka.

Selepas ibu bapa Dilla pulang ke kampung, Haykal mula menegur Dilla, Imam serta datuk dan neneknya yang lalai dalam soal agama. Ibu bapa Imam mengadu dengan Imam lantas tercetusnya pergaduhan besar antara Imam dan Dilla.

Keluarga Dilla menyuruh Dilla bercerai dengan Imam kerana mereka merasakan Imam bukan seorang suami yang mampu membimbing isterinya. Dalam kekeliruan itu, Dilla terdengar Haykal berdoa, meminta disatukan kembali ibu dan ayahnya dan agar semua boleh solat bersama-sama seperti di masjid. Tiba-tiba Haykal jatuh sakit, demam panas yang teruk. Mulanya disangkakan demam rindu, tapi keadaan makin teruk sehingga dimasukkan ke hospital. Apakah hajat Haykal bakal tercapai?

Vid & Dload link




+ comments + 1 comments

29 Mac 2015 9:43 PG

Assalamualaikum Kaze

Mana download nya ?

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar