Isyarat Cinta, tayangan mula hari ini 19/3/2015

Isyarat Cinta

Isyarat Cinta Lakonan Adi putra, Liyana Jasmay, Fizo Omar. Rosyam Nor Mempersembahkan Terbitan RK Screen, Arahan Bade Hj Azmi.

Sinopsis Isyarat Cinta
Mengisahkan percintaan pasangan buta dan bisu. Cinta mula berputik selepas Iskandar (Adi Putra) seorang jutawan yang sangat rendah diri dan pemalu telah memberanikan diri menyelamatkan Dhia (Liyana Jasmay) dari satu kemalangan jalan raya sehingga membibitkan rasa cinta masing-masing.

Hubungan mereka dijalinkan melalui orang tengah iaitu Ariel (Fizo Omar) apabila segala luahan Iskandar yang cacat pendengaran itu disampaikan kepada Ariel untuk Dhia. Tetapi Ariel sendiri telah jatuh hati dengan Dhia dan tidak sanggup untuk meneruskan tugasnya sebagai perantara cinta antara Iskandar dan Dhia.

Isyarat Cinta merupakan projek terbaharu syarikat produksi Suhan Movies dan RK Screen Sdn Bhd. Skripnya ditulis dan diarahkan oleh Bade Hj Azmi. Peneraju utama ‘Isyarat Cinta’. Dari kiri: Adi Putra, Liyana Jasmay dan Fizo Omar.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar