Tonton Ayuni Safira, Ratu TV9 (2015)

Ayuni Safira

Ayuni Safira drama terbaru di slot Ratu TV9. Bersiaran setiap Jumaat 8.30 malam. Lakonan Aqasha, Siti Saleha, Zarina Zainuddin, Sasqia Dahuri, Marifa Farida, Afiq Muiz Fakri, Nizen Ayob, Mak Wan latah, Siti Nabila. Arahan Keoi Hj Khalid, terbitan Global Station Sdn Bhd.

Lagu tema/latar, Black - Mana Mungkin.

Sinopsis Ayuni Safira, mengisahkan mengenai Ayuni (lakonan Siti Saleha), yang dibesarkan dengan perasaan benci oleh ibu kandungnya sendiri iaitu Emelda (Maria Farida), yang menjadi mangsa rogol. Emelda cuba melupakan masa silamnya itu dengan membenci Ayuni.

Emelda kemudiannya berkahwin dengan lelaki muda bernama Fakhri (lakonan Afiq Muiz). Kecantikan Ayuni membuatkan bapa tirinya itu cuba merogolnya. Fakhri cuba menafikan perbuatan jahatnya kepada Emelda dengan mengatakan Ayuni cuba menggodanya menyebabkan Ayuni dihalau ibunya.

Sejak itu, dia tinggal dengan Mak Piah dan Fazrin, yang dianggap sebagai keluarga angkat. Suatu hari, dalam keadaan tergesa-gesa ekoran terlewat untuk ke tempat kerja, Ayuni melanggar kereta milik Zafran lakonan Aqasha. Secara kebetulan, Zafran adalah anak kepada pemilik restoran di tempat Ayuni bekerja dan bakal mengambil alih restoran itu. Malang terus berlaku apabila restoran milik Zafran hampir terbakar disebabkan kecuaian Ayuni.

Satu demi satu perkara buruk berlaku kepada Zafran disebabkan Ayuni menyebabkan Zafran membencinya. Perasaan benci memuncak dan untuk membalas dendam terhadap Ayuni, Zafran menawarkan perjanjian kepada Ayuni iaitu Ayuni perlu berkahwin dengannya untuk menutup kesalahannya. Zafran turut dipengaruhi oleh niat jahat ibunya, Puan Seri Liana (Zarina Zainuddin) untuk membalas dendam terhadap Ayuni kerana ibunya, Emelda pernah menghancurkan rumah tangganya dahulu.

Tonton online di tonton.com.my/ayuni-safira

+ comments + 2 comments

13 Jun 2015 2:05 PTG

Episode 11 is not for Ayuni Safira :(
Thanks to upload the correct file. Appreciate it.

13 Jun 2015 8:00 PTG

ep 12 pls

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar