Cinta Karan, Tonton Original Series (2015)


Sinopsis Cinta Karan


Episod 1
Cinta Karan mengisahkan kisah cinta yang sangat unik di antara Zul (Zul Ariffin) dengan Aida (Ayda Jebat). Keunikan pasangan ini ialah, mereka saling kena-mengenakan (prank) di antara satu sama lain dari awal perkenalan hinggalah mereka masing-masing berkahwin.

Kemuncak kemarahan Aida ialah selepas Zul menumpahkan makanan di atas kepalanya lalu operasi membalas dendam bermula. Setiap kali Zul cuba untuk menyaikan isi hatinya, setiap kali jugaklah dia dikenakan lagi oleh Aida. Ketika Zul ingin menyampaikan hasrat hatinya pada Aida, muncul seorang lelaki menjemput Aida dan ini membuatkan Zul kecewa kerana menyangka lelaki itu teman istimewa Aida.

Hasrat Zul tercapai juga apabila berjaya menyampaikan yang dia sukakan Aida semasa bekerja sementara di Kedai Senheng. Aida datang ke kedai Senheng bersama lelaki tersebut untuk membeli barangan untuk persediaan perkahwinan. Semasa ditegur lelaki tersebut, barulah Zul tahu yang mereka berdua adalah abang dan adik. Zul mencari Aida dan menyampaikan isi hatinya. Apakah reaksi Aida?

Tonton online di tonton.com.my/cinta-karan

Episod 2
Bermulalah adegan Aida membalas dendam ke atas Zul dan Bob. Setelah mengetahui yang Zul suka menonton TV di bilik media, Aida merancang sesuatu. Zul dan Bob menunggu dua orang pekerja Senheng memasang TV baru yang lebih besar menggantikan TV lama yang rosak. Setelah berpuas hati dengan pemasangan yang dilakukan, mereka meninggalkan bilik media tersebut. Seketika kemudia, Aida bersama Ellie dan Nadia datang dan mengambil kabel HDMI yang dipasangkan di TV tersebut. Pada sebelah malamnya, Aida ke kedai Senheng menukar pengering rambutnya yang rosak dan terserempak dengan Zul dan Bob yang sedang menonton TV dan Aida menyerahkan kabel yang diambilnya kepada Zul yang terpinga-pinga.

Episod 3
Zul mengurangkan aktiviti mengenakan Aida. Tapi Aida seakan-akan tidak puas dan terus menerus mengenakan Zul. Aida menyuruh Nadia menyembur kasut Zul dengan dua warna berlainan. Sebelah merah jambu dan sebelah lagi ungu. Zul menjadi bahab di kafetaria. Tidak puas dengan menyembur kasut Zul dengan cat warna, Aida menyerang hendap Zul lalu disembur bag yang dibawa Zul dengan cat warna. Bob mengajak Ellie dan Nadia beredar dari situ den membiarkan Aida dan Zul bersendirian. Ketika Zul ingin menyampaikan isi hatinya, seorang lelaki tidak dikenali memanggil Aida lalu mereka beredar dari situ dengan mesranya dan membuat Zul seakan kecewa. Siapakah lelaki itu..?

Episod 4
Semasa cuti semester, Zul bekerja sementara di Kedai Senheng di Taipan untuk mengisi masa lapangnya juga mencari pengalaman bekerja. Sedang Zul melayan pelanggan di situ, Aida datang ke kedai tersebut untuk membeli barang persiapan untuk berkahwin. Zul menegur Aida dan apabila dia tahu tujuan kedatangan Aida, Zul berasa tak selesa untuk melayan bakal isteri orang. Aida beredar untuk kebahagian lain dan Zul mengekori dari belakang tetapi disapa seseorang dan orang itu ialah lekaki yang bersama Aida tempohari. Setelah berbual dan mengetahui cerita sebenar, Zul cepat-cepat pergi mencari Aida. Apa yang akan terjadi..?

Episod 5
Zul sudah mendirikan rumah tangga dan menceritakan serba sedikit tentang suasana rumahtangga yang dibinanya. Aida yang sedang mencari baju untuk bekerja, juga bercerita tentang apa yang dilakukan sekarang. Ketika hendak bersarapan, Zul dikejutkan dengan telor setengah masak yang telah dimasaknya mentah dan dia tahu yang dia telah dikenakan oleh isterinya. .. Dengan siapakah Zul berkahwin…?? (synopsisnya begini bertujuan untuk mengelirukan penonton)

Episod 6
Perkahwinan yang dibina atas landasan suka sama suka bergolak disebabkan kesilapan Zul. Zul yang tidak dimaafkan oleh isterinya mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah. Siapa isteri Zul…? Adakah Zul akan mencari Aida…?

+ comments + 1 comments

2 Julai 2015 2:45 PTG

Salam. nak request dan calonnya adalah 2 bleh?
thankss

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar