Gebu-Gebu Manis, Astro Ria HD (2015)


Gebu-Gebu Manis, Astro Ria HD. Terbitan Million Picture Sdn. Bhd. Arahan Apache. Pelakon Abam Bocey, Nazim Othman, Reen Rahim, Fadhil Dhani, Naizen, Kazar dan Man Raja Lawak.

Sinopsis Gebu Gebu Manis

Mengisahkan tentang persahabatan antara Hamdi (Nazim Othman) dan Dollah (Abam Bocey) yang sering bertukar-tukar pekerjaan. Dek kerana pelbagai masalah yang melanda akhirnya mereka sepakat untuk pulang ke kampung. Kerana mahu mencari pendapatan yang lebih, kedua-dua sahabat ini mahu menjual pau memandangkan Dollah mempunyai kepakaran tersebut dan Hamdi pakar pemasaran. Dalam tempoh dua minggu, perniagaan mereka nampak maju dan pada masa yang sama, Amirah yang juga merupakan rakan sekampung dilanda masalah kewangan yang teruk.

Tidak setakat bermasalah, Amirah sakit hati melihat kejayaan kedua-dua sahabat itu. Dia juga diarahkan oleh pemilik The Kerepek House tempatnya bekerja untuk menghancurkan bisnes mereka. Amirah terpaksa akur memandangkan dia juga dihimpit masalah dan mula menjalinkan hubungan cinta dengan Hamdi. Pada masa yang sama, Pak Maun yang juga merupakan bapa Dollah meminati wanita berkenaan. Akibat perbuatan Amirah, akhirnya bisnes yang diusahakan oleh dua sahabat itu hancur. Hamdi dan Dollah juga bermusuhan akibat salah faham yang berpanjangan. Tidak mahu duduk diam, akhirnya mereka menyiasat perkara yang terjadi sehingga terbongkar rahsia Amirah yang melakukan semuanya.

Video n Dload link

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar