Hidayahmu Ramadan, Samarinda TV3 (2015)

Hidayahmu Ramadan siri baru di Slot Samarinda, bermula 4/6/2015, Selasa hingga Khamis jam 10 malam. Lakonan Zara Zya, Aeril Zafril, Reen Rahim, Nazrief Nazri, Roy Azman, Sharifah Shahora, Zarina Zainuddin, Mustaqim Bahadon, Aleza Shadan, Aman Nassim, Zahirah Macwilson.


Lagu tema/OST Hidayahmu Ramadan

Ippo Hafiz - Hidayahmu, Nazmi Irfan - Kau Yang Satu

Sinopsis tema/OST Hidayahmu Ramadan

Hidayah dan Nazir adalah sepupu yang sangat rapat walaupun mereka berasal daripada latar belakang yang berbeza. Ibu bapa mereka jarang berhubung kerana orang tua Nazir memandang rendah terhadap keluarga Hidayah yang miskin. Selepas 11 tahun, Nazir kini graduan universiti yang sedang mengikuti semester terakhir manakala Hidayah pula seorang pelajar Tingkatan Enam. Hidayah bercita-cita untuk menyambung pelajarannya di menara gading seperti Nazir. Namun segalanya berubah kerana ibu bapanya meninggal dunia dalam kemalangan. Ibu bapa Nazir enggan menjaga Hidayah. Jadi, Nazir mula memberi perhatian keatas Hidayah dan mereka sering berkongsi masalah. Ibu Nazir mahu memisahkan mereka berdua kerana tidak rela memberi Hidayah sebagai menantunya jika Nazir mula menyanyangi Hidayah seperti teman istimewanya.

+ comments + 1 comments

10 Julai 2015 5:03 PG

Kenapa epi 14 & 15 tak ada lagi admin?

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar