Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa, Astro Mustika (2015)

Saksikan kisah cinta romantis lakonan Sharnaaz Ahmad, Hanis Zalikha, Shogen, Mimi Lana dan ramai lagi. Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa Mulai 5 Ogos jam 9.30 malam di Astro Bella dan Astro Mustika HD


Sinopsis Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa

Drama ini mengisahkan Alisa (lakonan Hanis Zalikha) mahu mencari ibu kandungnya yang terpisah sekian lama. Pada suatu hari, Alisa nekad menyertai latihan seni mempertahankan diri karate kerana dia diberitahu, ibunya merupakan seorang juara dalam bidang tersebut. Biarpun tinggal bersama bapanya, Amran, namun dia tidak pernah diberitahu mengenai sejarah silam antara bapa dan ibunya. Sehinggalah rahsia tersebut terbongkar sedikit demi sedikit apabila Alisa telah menyelamatkan seorang lelaki bernama Rykal (Sharnaaz Ahmad).

Rykal adalah anak kepada Datuk Sherry yang juga merupakan kawan baik kepada Amran. Sejak itu, Datuk Sherry mendedahkan cerita mengenai ibu kandung Alisa yang masih belum ditemuinya. Sewaktu Alisa dihantar ke Okinawa untuk menjalani latihan karate, dia telah berkenalan dengan seorang jurulatih bernama Shun (lakonan Shogen). Secara tidak sengaja, dia menaruh hati kepada jejaka tersebut sehinggakan mempunyai musuh bernama Riana. Tanpa disedari, Alisa mendapati salah seorang daripada mereka merupakan adik-beradiknya.


VIDEO PROMO

+ comments + 2 comments

30 Ogos 2015 8:06 PTG

Assalamualaikum Kaze

Episod 4 tak upload ke ?

3 September 2015 11:47 PTG

Episod 4 & 5 tak upload ke?

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar