Awak Kat Mana?, Astro Ria (2015)


Program Awak Kat Mana? ini menampilkan 26 selebriti tanah air yang akan dibahagikan kepada 13 buah kumpulan yang mana setiap kumpulan terdiri daripada dua peserta danakan khusus buat tontonan seisi keluarga.

Antara selebriti yang berpeluang menjayakan program ini adalah Sharifah Sakinah, Sherry Al Hadad, Anzalna Nasir, Elfira Loy, Raja Ilya, Ieda Moin, Adeline Tsen, Chacha Maembong, Nad Zainal, Sherry Ibrahim serta 16 selebriti lelaki iaitu Iqram Dinzly, Atu Zero, Syed Ali, Izzue Islam, Zalif Sidek, Alam Wakaka, Farish Aziz, Rahmat Mega, Syazwan Zulkifly, Fattah Amin, Aedy Ashraf, Nabil Mahir, Syahrul Ridzuan, Saiful Zero, Nas-T, Harris Baba.

Keistimewaan program Awak Kat Mana? ialah kesemua mereka cuma hanya akan mengetahui siapakah pasangan mereka dan destinasi yang bakal dituju setibanya mereka di lapangan terbang. Lebih menarik lagi adalah apabila setiap pasangan selebriti akan mengunjungi destinasi yang berlainan pada setiap episod.

Setelah pasangan selebriti tiba di destinasi yang ditetapkan, mereka akan diberikan sebuah kotak yang mengandungi sekeping kad kredit yang berjumlah RM10,000.00, seutas jam randik atau ‘stopwatch’ dan sekeping kad cabaran. Mereka dibenarkan untuk menggunakan kad kredit tersebut untuk membeli sebarang makanan, minuman, pengangkutan, perkhidmatan internet ataupun untuk mendapatkan petunjuk bagi menyelesaikan cabaran yang diberi hanya dalam masa lima jam sahaja!

Pasangan selebriti berpeluang untuk memenangi ganjaran yang bernilai RM10,000.00 dengan syarat mereka tidak boleh membelanjakan lebih dari jumlah kredit yang telah diperuntukkan kepada mereka. Lebih banyak mereka berjimat, lebih besar jumlah wang yang boleh dibawa pulang.

Antara destinasi menarik yang bakal dikunjungi para selebriti terkenal tanah air ialah Bucharest, Brussel, Paris, Bordeaux, Barcelona, Milan, Venice, Zagreb, Budapest, Vienna, Bratislava, Munich dan Frankfurt.

Jangan lupa untuk menonton anda untuk menonton program Awak Kat Mana? pada pada setiap hari Khamis, jam 9.30 malam bermula 13 Ogos 2015 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan siaran serentak di Ria HD (123).

+ comments + 1 comments

26 Ogos 2015 4:05 PTG

ep 2 plzz?

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar