Da'i Pendakwah Milenia Musim Ketiga, TV3 (2015)


Kembali untuk musim ketiga, Da’i Pendakwah Milenia bakal bersiaran 16 Ogos ini, setiap hari Ahad, jam 9.00 malam di TV3. Episod pertama pada 16 Ogos jam 9 malam ini akan memaparkan sesi ujibakat yang telah diadakan dan sesi bootcamp yang dijalankan selama empat hari di Nur Laman Bestari Eco Resort, Ulu Yam, Selangor pada 13 hingga 16 Jun lalu. Pertempuran pertama 5 orang peserta di pentas Da’i musim ketiga secara langsung akan bermula 23 Ogos nanti.


Mereka bakal berentap untuk bergelar pendakwah milenia sekaligus membawa pulang hadiah utama iaitu wang tunai RM50,000! Pemenang juga akan turut menerima pakej umrah, sebuah trofi, saham PNB berjumlah RM5,000 dan juga pengalaman bekerjasama bersama Media Prima Berhad.

Da’i Pendakwah Milenia menampilkan konsep baharu apabila mencari lima orang peserta lelaki dan lima orang peserta perempuan dan kemudiannya dibahagikan kepada dua kumpulan yang akan dibimbing oleh seorang Murabbi (mentor). Ustaz Elyas Ismail akan menggalas tugas bagi membimbing kumpulan lelaki (Ar-Rijaal) dan Dr. Rubiah K. Hamzah bagi kumpulan perempuan (An-Nisaa’). Datuk Ustaz Kazim Elias pula bertindak sebagai Mursyid (Ketua mentor).











Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar