Girlfriend Kontrak, Tayangan 24 September 2015

Keith Foo dan Risteena

Girlfriend Kontrak, yang diterajui oleh Keith Foo dan pendatang baru yang semakin dikenali ramai, Risteena Munim. Filem ini juga membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Azad Jazmin, Bront Palarae, Mustapha Kamal dan Zarina Zainuddin serta penampilan istimewa, buat pertama kali di layar perak, pengacara dan DJ paling popular tanahair, Fara Fauzana.

Sinopsis Girlfriend Kontrak

Filem ini mengisahkan tentang seorang gadis kampung, Alisa yang mempunyai misi untuk menyelamatkan kelip – kelip kesayangannya daripada dimusnahkan oleh sebuah syarikat gergasi milik seorang jutawan playboy, Umar, iaitu Monaki Development Corp. Bhd. Umar telah mengambil Alisa untuk bekerja dengannya sebagai cara menangani kontroversi projek pembangunan miliknya. Konflik juga tercetus antara Umar dan ayahnya yang mahu menyerahkan projek miliknya kepada Zain, bakal abang tiri Umar yang mempunyai hasrat dan dendam untuk menjatuhkan Umar. Adakah Umar dan Alisa akan berjaya dalam misi masing-masing?

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar