Harga Proton Saga Plus RM33k


Proton telah memperkenalkan varian terbaru bagi Saga iaitu Saga Plus. Ia dijanakan oleh enjin 1.3 liter Campro IAFM dan boleh didapati dengan transmisi manual dan CVT.

- Harga RM33,242 hingga RM36, 576 seunit.
- Memasuki semua bilik pameran Proton mulai 15 Ogos ini.
- Rim aloi bersaiz 14-inci
- Kid badan sepenuhnya, spoiler, hiasan belakang dan tanda gred ‘Plus’.
- Waranti selama tiga tahun atau 60,000 km (mana yang tiba terlebih dahulu).

Saga Plus ini telah pun bersedia menerima tempahan dan boleh didapati dalam lima pilihan warna iaitu
- Tranquility Black
- Fire Red
- Genetic Silver
- Solid White
- Elegant Brown.

“Perkataan ‘Plus’ merupakan reflek terhadap pertambahan elemen yang ada pada model Saga SV sedia ada. Walau pun mengalami pertambahan elemen, namun tiada perubahan harga, tetapi memberikannya imej yang menarik,” kata Dato’ Abdul Harith Abdullah, CEO Proton.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar