Teroka, Telemovie Hari Merdeka TV3 (2015)

Teroka Merdeka Day

Teroka, 31 Ogos (Isnin), 10 malam. Lakonan: Adi Putra, Faye Kusairi, Mahmud Ali Bashah, Jasmin Hamid, Mustaqim Bahadon.

Sinopsis Teroka

Rohana pulang ke rumah selepas tamat pengajian. Ibu bapanya, Mahani dan Baharom sangat bangga dengan pencapaian anaknya dan telah meletakkan syarat yang tinggi untuk bakal menantu mereka. Rohana jatuh cinta dengan Borhan, seorang pemuda yang bjiak tetapi berasal dari keluarga yang miskin.

Satu hari, Borhan mendapat peluang daripada kerajaan untuk mengusahakan sebidang tanah kepada ladang kelapa sawit. Memandangkan Borhan akan menjadi sibuk selepas projek itu bermula, Rohana telah mendesak Borhan untuk mengahwininya.

Namun, Mahani tidak bersetuju malah dia telah mengaturkan perkahwinan Rohana dengan seorang guru, Khalid. Rohana telah menipu bahawa dia sudah terlanjur dengan Borhan. Akhirnya, mereka berdua berkahwin tetapi tidak diterima dan dihalau oleh Mahani.

Borhan dan Rohana bakal memulakan hidup baharu sebagai peneroka kelapa sawit. Dapatkah mereka mengatasi rintangan dan cabaran yang datang menguji? Apakah Mahani dan Baharom akan lembut hati dan menerima Rohana dan Borhan?

Video promo

+ comments + 1 comments

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar