Hajah Heathrow, Telefilem Aidiladha


Sinopsis Hajah Heathrow

Berkisarkan Ramlan dan Juriah yang mendapat rezeki untuk menunaikan fardhu haji. Juriah mempunyai rasa untuk riak dan mempertikaikan jirannya, Datin Amnah yang hidup senang tetapi belum menunaikan haji. Dia tidak putus-putus menjaja usahanya mencari duit demi ke Tanah Suci. Malah Juriah juga merancang untuk membuat kenduri dengan hidangan seekor lembu. Ramlan menegur sikap isterinya tetapi Juriah menegakkan bahawa dia mahu menjadi contoh kepada penduduk sekampung yang lebih suka membeli emas dan saham daripada menabung di Tabung Haji.

Suatu hari, Jasmin, anak mereka memberitahu bahawa dia mendapat kerja di Heathrow, London. Juriah mula teragak-agak kerana tarikh berangkat ke tanah suci ialah tarikh yang sama dengan penerbangan ke Heathrow. Ramlan terus mengingatkan Juriah mengenai usahanya selama ini mencari rezeki demi menunaikan haji yang lebih suci. Apakah pilihan Juriah?

Tarikh: 27 September, 10.30 malam
Pelakon: Fauziah Ahmad Daud, Fadhil Dani, Kuna, Nazeera Sardi, Izara Aishah, Hafidz Rosdi

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar