Scene Menarik Episod 19 Mencintaimu


Scene menarik Episod 19 Mencintaimu

Datin Aida terus mendesak Hisham supaya menikahi Asyikin. Hisham meminta tempoh dari ibunya. Dia hanya akan berkahwin setelah Anissa selamat bersalin, itu saja permintaannya. Selepas ini dia akan turut saja apa permintaan Datin Aida. Datin Aida bersetuju. Sementara itu, Aysikin, kelihatan mesra dengan helmi. Bagi mereka, hubungan mereka ini akan berhenti sebaik saja Aysikin, bernikah dengan Helmi nanti. Maklumlah, Aysikin, dibesarkan di Australia, perkara seperti ini tidak salah baginya. Timelpase – kandungan Anissa semakin besar. Anissa keraskan hati dan menguruskan diri sendiri tanpa bantuan Hisham. Tanpa Anissa sedar, Hisham sebenarnya meminta bantuan dari Aimi dan Dr Akmal untuk hulurkan sedikit wang untuk Anissa dan anaknya. Setiap kali Anissa keluar, ke klinik atau membeli persiapan menyambut bayi, Hisham akan memerhati dari jauh. Hisham kelihatan sangat tak terurus, dan menerima semua ini sebagai takdir untuk dirinya.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar