Sinopsis Episod 15-18 Mencintaimu


Hari perkahwinan Hisham semakin dekat, tetapi Hisham tidak sedikit pun pedulikan persiapan perkahwinan. Dia lebih banyak meluang masa di rumah anak yatim, atau di pejabat sibukkan diri berkerja.

Hisham lari dari majlis pernikahannya sendiri. Dia sebenarnya lari berjumpa dengan Anissa, masih lagi dengan baju pengantinnya. Hisham terus mengajak Anissa bernikah, dia tidak kisah apa pun yang akan terjadi.

Selepas berkahwin, Hisham memujuk Anissa untuk berjumpa dengan Juhara. Anissa tidak mahu, kerana takut dihalau lagi. Hisham berjanji dia akan bercakap dengan Juhara sendiri dan akan cuba pujuk Juhara.

Hisham membawa Anissa, Juhara dan Najiha ke rumahnya berjumpa dengan Datin Aida dan Dato Hanafi. Datin Aida dan Dato hanafi terkejut bila dapat tahu yang besannya adalah bekas orang gaji mereka.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar