Gegar Vaganza Musim Kedua (2015)


Bersandarkan sambutan hangat pertandingan Gegar Vaganza musim lalu yang menyaksikan kejuaraan menjadi milik Ayai Ilusi, persaingan dijangka lebih sengit tahun ini dengan pertembungan rocker dan artis pop lagenda bagi merebut gelaran juara dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000.

Nassier Wahab, Zul Handy Black, Acong Sweetchild, Nizam Laksamana, Amir U'kays dan Ezad Lazim adalah deretan peserta lelaki yang berentap kali ini.

Peserta wanita pula terdiri daripada Ezlynn, Faradhiya, Siti Nordiana, Haiza, Sheeda dan Azian Mazwan Safwan.

Seperti tahun lalu, pengacara yang sama iaitu Jihan Muse dan Nabil Ahmad turut dikekalkan. Pertandingan realiti ini menyaksikan persaingan 12 penyanyi lama atau malar segar bersaing setiap minggu untuk merebut gelaran juara.

Bermula Ahad ini, 18 Oktober 2015, di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD (saluran 123). Ia akan bersiaran selama lapan minggu.

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Separuh Akhir

Kapsul persediaan peserta sebelum konsert ketujuh

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar