Keluarga Pontimau, Aksi TV3 (2015)


Tajuk: Keluarga Pontimau
Jumlah episod: 13
Tarikh: 6 Oktober 2015, Setiap Selasa 10 malam
Pengarah: Khabir Bhatia dan Nurhanisham (Labu)
Skrip: Ashraff Zain dan Sharmaine
Terbitan: Filmscape Sdn Bhd
Pelakon: Yasmin Hani, Isma Daniel, Julia Ziegler, Kismah Johar, Jaslin Puasa, Akhmal Rizal, Jasmine Surayadan ramai lagi.

Sinopsis Keluarga Pontimau

Keluarga Pontimau adalah sebuah keluarga hasil perkahwinan campur Pontianak dan Harimau Jadian. Keluarga ini baru berpindah ke kawasan kejiranan baharu di Saujana Bookit. Eddy (Keith Foo), ketua keluarga merupakan harimau jadian yang memiliki kekuatan luar biasa, berusia 150 tahun dan memakan daging mentah. Memiliki paras rupa yang agak kacak, penuh dengan keyakinan diri tetapi agak malas dan perbuatannya tidak menunjukkan kebijaksanaannya.

Berlainan pula dengan isterinya, Elvira (Marsha Milan) seorang Pontianak dengan gaya elegan dan sedikit kreatif. Walau sedikit gila-gila, Elvira memiliki kekuatan yang yang lebih daripada Eddie. Elvira cuba untuk memahami dan mempelajari mengenai kehidupan manusia seperti memasak, menguruskan rumah tangga, menghias rumah dan bermacam lagi tetapi sering sahaja usahanya itu menimbulkan masalah apabila dilakukan secara berlebihan.

Mereka memiliki dua orang anak kembar iaitu Joe dan Sabrina. Joe (Sean Lee) mewarisi DNA kedua ibu-bapanya. Dia yang paling kuat, bijak dan matang diantara mereka. Joe sering memastikan keluarganya tidak menimbulkan kekecohan dan hidup seperti manusia biasa. Tidak seperti ahli keluarganya yang lain, dia hanya makan sayur dan tidak berminat dengan daging ataupun darah.

Lain pula perwatakkan anak perempuan mereka iaitu Sabrina (Amelia Henderson). Sabrina berumur 20 tahun dan meningkat umur seperti hayat orang biasa, tidak seperti ibunya. Mewarisi kecantikan Elvira. Dia seorang yang diva, manja dan sering memeningkan kembarnya, Joe. Kalau dia mahukan sesuatu dia pasti akan mendapatkan tanpa peduli akan apa yang akan terjadi. Kelemahannya ialah dia akan bertukar menyerupai seekor harimau yang comel apabila malam menjelma. Dan anak bongsu mereka Baby George yang lahir setelah mereka berpindah, juga memiliki kuasa mengalihkan barang melalui minda dan juga keupayaan berkomunikasi melalui minda.

Kerana keanehan keluarga mereka juga membuatkan jiran mereka iaitu Jabar (Isma Danial) dan Julia (Yasmin Hani) ingin menyiasat mengenai Keluarga Pontimau ini. Apakah mereka dapat menyesuaikan diri dengan dunia manusia dan adakah rahsia mereka akan terbongkar?



Tonton online di www.tonton.com.my/keluarga-pontimau

+ comments + 3 comments

20 Oktober 2015 9:29 PG

link tak masukkan lagi ke?

21 Oktober 2015 4:32 PTG

Tak saba nk balik donlod. Malam td 1st time tgk cite ni. Tekekek2 aku sorg2 hahaha

28 Oktober 2015 9:52 PG

kaze..blog not found...

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar