Telefilem Travelling Beruang, di TV3 (2015)


Sinopsis Telefilem Travelling Beruang

Menampilkan barisan pelakon hebat dengan nama-nama besar seperti Ungku Ismail Aziz, Elizad Sharifuddin, Yana Samsudin, Zara Zya, Zul Huzaimy dan Ammar Titan, telefilem yang mempunyai dua bahagian ini dijangka bakal mendapat perhatian penonton menerusi jalan ceritanya yang penuh inspirasi.

Travelling Beruang mengisahkan Adit (Ungku Ismail Aziz) yang merupakan seorang novelis yang hilang arah setelah kehilangan anak perempuannya kerana kanser. Kebahagian rumah tangganya bersama Lisa (Zara Zya) juga punah. Bagi Lisa, Adit telah banyak berubah. Malah Adit seperti mementingkan kerjayanya sejak kematian anak mereka.
Adit dihantui rasa bersalah dan dia tidak mampu lagi menghasilkan novel. Sehinggalah suatu hari dia bertemu dengan Zamani (Zul Huzaimy) yang jugateman karibnya. Zamani yang resah dan kebimbangan menceritakan mengenai keadaan anaknya, Aishah (Yuyun Yuslin) yang telah diagnosis dengan penyakit kanser. Adit tersentak, dia bagaikan melihat cermin dirinya.

Adit melihat wajah Aishah di hospital. Hatinya sayu melihat Aishah lemah tidak bermaya. Kenangannya bersama Yana, arwah anaknya mula bermain di fikiran Adit. Sejak itu Adit banyak mengambil kesempatan untuk melawat Aishah. Dalam pertemuan itu, Aishah sempat berkongsi impiannya untuk melihat dunia. Impian Aishah besar namun dia tahu dia tidak mampu mencapainya kerana keadaannya yang tidak mengizinkan.

Sejak daripada itu, Adit berfikir tentang bagaimana dia mampu merealisasikan impian Aishah. Adit mengambil langkah berani untuk mengembara ke serata dunia dan Aishah hanya mampu menyandarkan impian kepada ‘Mr. Bear’ patung kesayangannya. Walaupun sedih, Aishah gembira kerana Adit berjanji untuk berkongsi pengalamannya setiap kali mengembara.

Pengembaraan itu bukan sahaja demi Aishah tetapi juga menemukan sebahagian daripada hidupnya yang telah hilang. Dalam perjalanan itu, dia bakal menemui wanita misteri, Kat (Elizad Sharifuddin) yang bakal membawa Adit kepada suatu penemuan baru. Apakah yang bakal terjadi? Itu diantara penantian yang bakal dinantikan para penonton Malaysia.

Di dalam tayangan amal utama pada 24 Oktober 2015, orang ramai berpeluang menonton bersama para pelakon telefilem tersebut di GSC, Tropicana City Mall manakala pada 25 Oktober pula, sesi tayangan amal khas itu diadakan di TGV, The Mines Shopping Mall yang turut mendapat sokongan daripada rakan-rakan artis seperti Zul Ariffin, Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Fezrul Khan, Ruhainies, Adibah Yunus, Shukri Yahya, Zahirah Macwilson dan Ezzaty Abdullah.


Tayangan Amal

Acara tayangan amal ini merupakan kemuncak kepada kempen Travelling Beruang apabila dua bahagian telefilem tersebut bakal ditayangkan di TV3 pada 31 Oktober dan 1 November jam 9.00 malam. Namun kutipan dana bagi pesakit kanser kanak-kanak Malaysia akan tetap diteruskan kerana orang ramai masih boleh menderma ke Tabung Travelling Beruang MAKNA menerusi akaun514075616705 (Maybank)


Telefilem Travelling Beruang Bahagian 1
Telefilem Travelling Beruang Bahagian 2

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar