Drama Kampung Semarah Padi, TV1 (2015)

Sinopsis drama Kampung Semarah Padi

Drama Kampung Semarah Padi kesinambungan dari kisah telemovie sebelum ini. Setelah pemergian Kasim yang dihalau oleh Penghulu Siak, seluruh penduduk kampung Semarah Padi hidup dalam keadaan lembut selembutnya akibat sumpahan yang dikenakan.


Penghulu Siak cuba memulihkan keadaan dengan mengusahakan Sekolah Kawal Lembut namun usahanya tidak berhasil. Tidak lama selepas itu penduduk kampung menjumpai Kasim yang terdampar lemas di tepi pantai. Kasim dibawa ke rumah penghulu Siak untuk dirawat, namun malangnya setelah sedarnya Kasim dia telah hilang segala ingatannya.

Setelah hidup beberapa lama tanpa ingatan, Kasim akhirnya pulih setelah sebiji buah cempedak jatuh menimpa kepalanya.
Kasim menarik balik sumpahan yang dikenakan ke atas penghulu Siak dan penduduk kampung dan meneruskan usahanya memulihkan keadaan penduduk kampung dan kembali memimpin Sekolah Tahan Marah.

Keadaan pulih kembali dengan penduduk kampung kembali kepada keadaan asal mereka iaitu marah semarah marahnya kecuali Penghulu Siak dan Sudin yang kekal di dalam keadaan lembut. Sudin yang malu dengan keadaan dirinya yang lembut menaruh dendam terhadap Kasim dan merancang untuk menculik Meriam.

Sudin bersahabat dengan Akam, seorang asli yang tinggal dipinggir kampung dan mula menuntut ilmu dengannya. Sudin menculik Meriam dan mengenakan sihir ke atasnya. Meriam yang terkena guna guna jatuh cinta dan hampi- hampir berkahwin dengan Sudin, namun dapat diselamatkan oleh Kasim.
Sudin ditangkap dan diusir dari kampung Semarah padi, menaruh dendam dan berazam untuk menuntut bela setelah diaibkan
Sekolah Tahan Marah masih diteruskan.
Kasim masih meneruskan usahanya memulihkan keadaan marah penduduk kampung Semarah Padi, namun keadaan penghulu Siak masih kekal lembut dan lebih gembira dengan keadaan dirinya sekarang dari keadaan marah sebelumnya.

Sudin yang kini tinggal dipinggir kampung bersama Akam mula menyusun langkah untuk membalas dendam akibat diaibkan oeh penghulu Siak dan penduduk kampung. Sudin pulang ke kampung dan mengenakan sihir ke atas Kasim, Penghulu Siak serta seluruh penduduk kampung akan hidup dalam keadaan malu semalunya sebagaimana dia dimalukan sebelum ini, sihir Sudin menjadi dan hiduplah penduduk kampung dalam keadaan malu semalunya kecuali penghulu Siak yang kekal dalam keadaan lembutnya.

Sekolah Kasim masih diteruskan dengan tema barunya Sekolah Jangan Malu setelah seluruh penduduk kampung terkena sihir Sudin dan Akam.
Penghulu Siak yang kekal dalam keadaan lembut berusaha memulih dan mematikan sihir Sudin dan Akam dan akhirnya usahanya membuahkan hasil dan kembalilah keadaan marah penduduk kampung sebagaimana keadaan mereka sebelumnya. Sihir yang dikenakan Akam kembali terkena pada dirinya dan mulai saat itu Akam menjadi malu semalunya.

Sudin dan Akam yang berada dalam keadaan lembut dan malu semalunya cuba meracuni fikiran Wak dan mempengaruhinya untuk mengambil tempat penghulu Siak sebagai penghulu Kampung Semarah Padi.
Wak yang mula termakan hasutan Sudin mula berkempen dengan penduduk kampung untuk menjadi penghulu.Wak menggunakan warungnya sebagai tempat menjamu penduduk dan memgambil hati mereka supaya dilantik menjadi penghulu. Akhirnya penghulu Siak memutuskan agar pilihanraya dijalankan bagi memilih siapa yang layak menjadi penghulu Kampung Semarah Padi.
Sekolah Tahan Marah Kasim dijadikan tempat pembuangan undi.

Wak menang di dalam pilihan raya dan dilantik menjadi penghulu baru Kampung Semarah Padi. Setelah beberapa lama menjadi penghulu Wak yang takut akan pengaruh penghulu Siak dan Kasim menghalau mereka keluar dari kampung.
Sekolah Tahan Marah masih diteruskan di bawah pimpinan Sudin namun keadaan mereka menjadi bertambah buruk, kemarahan tidak dapat dikawal. Sudin kemudiannya melantik dirinya sebagai penghulu Kampung Semarah Padi.
Semenjak itu Sudin yang lembut itu menjadi penghulu Kampung Semarah Padi dan mula mengutip cukai dari setiap penduduk kampung.
Sekolah Tahan Marah masih diteruskan dibawah pimpinan Akam dan setiap pelajar dikenakan yuran.

Penduduk kampung yang tidak berpuas hati dengan pimpinan Sudin mula memberontak.
Wak membawa Kasim dan penghulu Siak pulang ke kampung dan tidak lama selepas itu penghulu Siak dilantik semula sebagai penghulu Kampung Semarah Padi. Sudin yang tidak mahu mengalah menggesa supaya pilihraya diadakan sekali lagi bagi memilih penghulu dan kali ini penghulu siak menang dan dilantik menjadi penghulu.
Sudin meninggalkan kampung dengan perasaan malu dan berazam untuk membalas dendam.

Tarikh: Mulai 13 November 2015,
Saluran: Slot Murni TV1, Setiap Jumaat 3.05 petang
Jumlah episod: 13
Pengarah: Melissa Saila
Pelakon: Sabri Yunos, Sheila Mambo, Johan Ashari, Khir Rahman, Intan Ladyana, Zain Hamid, Azizah Mahzan, dan Mariani Ismail

Tonton online di http://myklik.rtm.gov.my/drama

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar