Filem Mat Moto di Pawagam 14 Januari 2016


Sinopsis Mat Moto

Filem arahan Pekin Ibrahim (Mohd Iznan) yang pertama berjudul 'Mat Moto' merupakan idea asalnya sendiri bersama sahabat karib, arwah Azwan Annuar. Filem ini diterbitan oleh Viper Studios Sdn Bhd telah mendapat kerjasama baik daripada Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) bagi menjayakan filem yang mendapat sambutan hangat kumpulan bermotosikal semasa proses pengambaran dijalankan.

Penggambaran filem ini dilakukan di tujuh negeri. Kelantan, Terengganu, Johor, Melaka, Kedah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Menariknya di setiap negeri mereka kumpulkan mat motor sekitar untuk melakonkan aksi untuk filem tersebut.

Dalam filem ini juga menghimpunkan ramai pelakon terkenal filem motor sebelum ini seperti Shaheizy Sam, Syamsul Yusof, Faizal Hussein, Rosyam Nor, Cat Farish, Zul Huzaimy termasuk Pekin Ibrahim sendiri.

Filem ini ingin menunjukkan perbezaan antara mat motor dan mat rempit bagi menangkis tanggapan negatif masyarakat terhadap 'mat motor' dengan mengetengahkan realiti kehidupan pengguna motosikal yang sebenar.

Poster Mat Moto




Official Trailer Mat Moto


Pelakon Mat Moto

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar