Fouziah Gous selamat melahirkan bayi lelaki

Fouziah Gous (32 tahun) selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan swasta di Shah Alam, Selangor kira-kira jam 11.40 pagi semalam. Berita gembira itu dikongsikan oleh suaminya, Mohd Zhafran Md Yusof, 37 di laman sosial Instagram bagaimanapun tidak memperincikan butiran lanjut.


"Alhamdulillah. Isteri saya, Fouziah Gous selamat melahirkan anak kami. Terima kasih atas doa yang dipanjatkan. Semoga anak ini menjadi anak yang soleh," katanya yang menyertakan status itu tanpa gambar ibu atau bayi di Intagramnya. 



Sehari sebelum itu, Fouziah yang juga pengacara Nona, dimasukkan ke hospital itu selepas mengalami tanda-tanda mahu bersalin.


Sejak awal kehamilan lagi, pasangan terbabit enggan mendedahkan jantina bayi mereka dengan alasan mahu memberi kejutan kepada ahli keluarga. Fouziah dan Mohd Zhafran mendirikan rumah tangga pada 21 September 2013.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar