Gambar Keadaan Banjir di Mekkah

Hujan lebat mengakibatkan banjir besar melanda beberapa wilayah Arab Saudi kemarin (17/11/15). Wilayah yang mengalami banjir adalah Jeddah, Makkah, Yanbu, dan Tabuk.

Sekurang-kurangnya tiga orang dilaporkan terkorban. Dua dari penduduk Jeddah yang terkena renjatan elektrik ketika menyentuh tiang lampu semasa menyeberangi jalanan yang banjir.

Seorang lagi adalah kanak-kanak lelaki berusia sebelas tahun yang tenggelam di Yanbu. Hujan tersebut mulai turun di Jeddah sejak pukul 10.00 pagi.

Di Makkah pula, 16 orang terperangkap banjir dan telah diselamatkan oleh pasukan penyelamat. Lapan jadual penerbangan domestik di Bandara Internasional King Abdulaziz terpaksa ditunda. Satu penerbangan internasional menuju Jeddah dialihkan ke Madinah.






Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar