Garis Panduan Keselamatan Vape Oleh Kerajaan

Bagi menyelaraskan peralatan rokok elektronik atau vape kerajaan akan mengeluarkan garis panduan untuk tujuan keselamatan.

Vapor Vaping

Penyelarasan itu merangkumi mekanisme yang akan diperhalusi seperti jenis bateri yang digunakan dan penapis vape yang berupaya mengeluarkan asap dalam kuantiti yang banyak atau sedikit, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hamzah Zainuddin.

Bagi mengelakkan isu itu berpanjangan dan dipolitikkan garis panduan itu akan dikeluarkan secepat mungkin katanya lagi.

"Kami akan bekerjasama dengan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) bagi menjalankan kajian meneliti tahap kualiti keselamatan peralatan vape itu.

"Kajian lebih mendalam juga perlu dijalankan terhadap perisa cecair vape bagi mengelakkan sebarang pertikaian dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sekiranya mereka tidak bersetuju dengan garis panduan baharu yg ditetapkan KPDNKK," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK) kali Ke-2, di sini, hari ini yang turut dihadiri Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Alias Ahmad. | BHarian

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar