IKEA Cheras Dibuka Hari Ini

IKEA Malaysia pada hari ni Khamis 19 November 2015 telah membuka pintu gedung keduanya yang terletak di Jalan Cochrane, di sini.

Alamat IKEA Cheras: No. 2A, Jalan Cochrane, Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur.
Waktu operasi: 9.30am - 10.30pm, Isnin hingga Jumaat, 9.30am - 11.00pm Sabtu dan Ahad.

Cheras Ikea

Cawangan kedua ini meliputi ruang membeli-belah seluas 42,000 meter persegi dan merupakan 20 peratus lebih besar dari cawangan pertama Malaysia yang terletak di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.

Gedung terbesar IKEA di negara ini turut dirasmikan oleh Duta Sweden ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Bengt G Carlsson dengan gimik perasmian tradisi Sweden, iaitu dengan menggergaji kayu log sebagai tanda simbolik permulaan.

Dengan tema "Pembukaan IKEA Cheras yang baharu", IKEA kini dibuka Isnin hingga Jumaat dari jam 9.30 pagi hingga 10.30 malam, manakala hari Sabtu dan Ahad waktu operasi bermula jam 9.30 pagi hingga 11 malam.


Aktiviti Pada Pembukaan IKEA Cheras (19 November 2015)




Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar