Kaki Hancur Tersepit Lif di Taman Sepakat Indah 2, Sg Chua, Kajang

Setelah tersepit di pintu lif sebuah pangsapuri di Taman Sepakat Indah 2, Sungai Chua, Kajang seorang remaja warga Yaman cedera parah di kaki dan pengsan malam tadi.


Remaja perempuan yang berumur 12 tahun itu tersepit di pintu lif di tingkat 14 pangsapuri berkenaan ketika dalam perjalanan ke kediaman keluarganya kata Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata dalam kejadian kira-kira 8.15 malam,

"Kejadian itu menyebabkan kedua-dua belah kakinya hancur. Bomba yang tiba selepas dimaklumkan, berjaya menarik dan merenggangkan pintu lif untuk menyelamatkan remaja tersebut.

Mangsa yang pengsan kemudian diserahkan kepada anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk dihantar ke Hospital Kajang bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar