Karnival Upin dan Ipin 2015 di Maeps Serdang

Karnival Upin dan Ipin kembali lagi dengan tema “Keajaiban Bermula”. Karnival animasi terbesar di Malaysia ini akan diadakan di MAEPS, Serdang pada 20, 21 dan 22 November 2015.


Karnival Upin & Ipin terbahagi kepada 2 bahagian :

1) Pentas Utama (Main Hall)

Pengunjung akan dihiburkan oleh kembar kesayangan ramai Upin dan Ipin, dengan aksi silap mata Pin Pin Pom. Pengembaraan merentasi hutan belantara bagi mencari “Raja Rimba” bersama Aris dan Ara. Menghayati kisah puteri limau lima-beradik melalui teater khas puteri. Persembahan khas, penampilan pertama Ultraman Ribut bersama Upin dan Ipin bagi mengalahkan raksasa dan menyelamatkan bumi. Keajaiban Bermula di Karnival Upin dan Ipin!

2) Les’ Copaque Production (Magic Hall)

a) Replika Rumah Opah

Jika anda penonton setia siri Upin dan Ipin, pasti anda tahu, Upin dan Ipin tinggal bersama Opah dan Ros di sebuah Rumah Hijau yang dikenali dengan nama “Rumah Opah”. Rumah Opah telah dibina secara khas hanya di Karnival Upin dan Ipin untuk peminat melihat sendiri tempat tinggal kembar kesayangan ramai ini.

b) Tarian Robot dan “Kak Ros : Saya Tak Garang!”

Mari menyaksikan tarian robot yang menarik dan bertenaga dibawakan khas oleh Les’ Copaque hanya di Karnival Upin dan Ipin dan temuduga khas bersama Kak Ros. “Saya Tak Garang!” menjadi topik perbualan pada kali ini. Para hadirin boleh bertanya soalan dan mendapat jawapan dari Kak Ros sendiri.

c) Pentas Hologram : Pencarian Karakter Animasi Terhebat “Keajaiban Bermula”

Saksikan persaingan hebat di dalam “Pencarian Karakter Animasi Terhebat” . Karakter-karakter seperti DADUDIDO, SANG KANCIL, PUTERI MANIS serta UPIN & IPIN akan bersaing untuk merebut gelaran “Karakter Animasi Terhebat”. Siapa yang bakal menjadi pemenang? Keajaiban bermula di sini!

d) Upin & Ipin 3D Mural

Abadikan kenangan anda bergambar di 3D Mural dunia Upin & Ipin yang penuh fantasi. Pasti menyeronokkan.


Alami keajaiban Karnival Upin & Ipin 2015 di MAEPS, Serdang pada 20-22 Nov 2015 bermula dari jam 10pg hingga 10mlm. Jumpa di sana!#karnivalupinipin2015 #karnivalupinipin #keajaibanbermula #lescopaque #maeps #cutisekolah
Posted by Karnival Upin & Ipin on Friday, November 6, 2015

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar