Nama Anak Kedua Farid Kamil Diana Danielle, Nur Aurora

Pada 19 November lalu pada pukul 4.05 minit pagi, Diana Daniella melahirkan bayi kedua mereka dengan teknik bersalin dalam air. Nama Nur Aurora dipilih Farid Kamil dan juga Diana Danielle kerana bersesuaian dengan waktu dia dilahirkan.

Anak kedua Nur Aurora

“Kami sama-sama pilih nama dengan mencari maksud yang sesuai. Memandangkan bayi dilahirkan pada waktu subuh, jadi kami memilih nama Nur Aurora yang bermaksud cahaya fajar sesuai dengan waktu yang dilahirkan”

“Sememangnya saya bersyukur dengan kehadiran Aurora dan kami perlu sama-sama menguruskannya dan menjadi satu benda yang cukup menarik,” kata Farid kepada portal Media Hiburan.

Mereka akan berkongsikan gambar Nur Aurora ini nanti apabila bersedia kelak.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar