Telemovie Melur vs Rajawali di Panggung Ahad TV1 (2015)

Sinopsis Melur vs Rajawali

Melur vs Rajawali mengisahkan Azlan, seorang pelajar yang sering bertukar sekolah dan berpindah-randah kerana mengikuti ayahnya yang bekerja sebagai seorang Diplomat di luar negara.

Melur Rajawali

Namun Azlan yang kini berusia 16 tahun kembali bersekolah di Malaysia dan dimasukkan ke tingkatan empat di sekolah berasrama penuh Maktab Sains Nasional.

Dia tinggal di asrama Rajawali iaitu asrama lelaki yang paling glamor sekali. Semua pelajar-pelajar lelaki popular tinggal di situ manakala di seberang asrama Rajawali ialah asrama Melur iaitu asrama perempuan yang paling ‘glamour’ kerana tujuh dari sepuluh yang tersenarai sebagai pelajar perempuan paling cantik sekolah tinggal di situ.

Kali pertama Azlan sampai dia agak berminat untuk mengetahui dan mengenali semua pelajar-pelajar perempuan yang tersenarai. Dia mengambil hampir dua minggu untuk mengenali kesemuanya kerana nasibnya yang tidak begitu baik apabila sangat sukar baginya bertemu dengan pelajar yang di tangga pertama iaitu Hanna.

Berjayakah Azlan mengenali Hanna? Apakah yang akan terjadi seterusnya kepada mereka? Jangan lupa untuk menyaksikan telefilem ini.

Tarikh: 22 November 2015
Bersiaran: Slot Panggung Ahad TV1, pukul 10.30 pagi
Pelakon: Amirul Affendi, Eric Fuzi serta ramai lagi ini arahan Al Jafree Md Yusop.
Lokasi: Menjalani penggambaran selama 10 hari itu di Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur, Cheras.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar