Telemovie Wan Embong, Cerekarama TV3 (2015)

Sinopsis Wan Embong

Telemovie Wan Embong mengisahkan Omar (Faizal Hussien), ketua Kampung Tuan Tunggal yang memiliki dua orang isteri yakni Seri (Vanida Imran) dan Chempaka (Izreen Azminda). Kedua-dua mereka begitu taat dengan Omar. Kisah bermula apabila Omar mengutip cukai bulanan di rumah Wan Manap. Kedaifan Wan Manap ternyata mengharukan hati Omar.


Omar memahami Wan Manap yang uzur dan tidak lagi mampu bekerja. Dan disitu jugalah Omar bekenalan dengan anak dara Wan Manap, Wan Embong (Neelofa). Wan Embong seorang gadis bertudung lepasan sekolah dan belum berkahwin. Omar terus menyatakan hasrat untuk mengahwini Wan Embong dan Wan Manap tidak lagi perlu membayar cukai bulanan.

Wan Embong menolak permintaan Omar. Namun kerana kasihan bapanya, Wan Embong harus menerima takdir yang dia terpaksa menjadi isteri kepada Omar. Namun Wan Embong meletakkan syarat yang Omar tidak boleh menyentuh dirinya. Dibawa pulang ke rumah, disinilah Wan Embong terpaksa berhadapan pula dengan isteri-isteri Omar yakni Seri dan Chempaka.

Seri isteri pertama yang memang tidak suka Chempaka dan Embong kerana beranggapan mereka hanya menginginkan harta suaminya. Berlainan dengan Chempaka, yang mudah mesra dan bersikap baik dengan Embong. Namun segalanya berubah apabila Wan Embong diperkenalkan Ali(lakonan Johan Asaari) oleh Chempaka. Ali sudah lama mencintai Embong. Chempaka akhirnya mengatur langkah untuk menyatukan Ali dan Embong tanpa diketahui, Chempaka memiliki niatnya yang tersendiri. Apakah niat sebenar Chempaka? Apakah Omar tidak akan mengetahui hubungan cinta sulit Ali dan Wan Embong? Apakah Seri akan berdiam diri?

Tarikh: Sabtu, 21 November 2015, 9.00 malam
Skrip: Syed Muhd Taufik Syed Abdul Jalil
Pengarah: Amie Maziah
Terbitan: Zeel Production Sdn Bhd
Pelakon: Faizal Hussien, Neelofa, Izreen Azminda, Vanida Imran, Johan Asaari, Dato Rahim Razali

Video Wan Embong

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar