Menang lagi, Video Chong Wei lawan Chen Long di Hong Kong Superseries

Datuk Lee Chong Wei membuktikan kemenangan ke atas Chen Long di final Terbuka China minggu lepas bukan sekadar nasib apabila mengulanginya di suku akhir Siri Super Terbuka Hong Kong pada Jumaat.


Pemain perseorangan lelaki utama negara itu bagaimanapun terpaksa bangkit daripada kekalahan set pertama sebelum menang 13-21, 21-19, 21-15 dalam aksi selama 85 minit di Hong Kong Coliseum. 
Perlawanan jelas penuh debaran buat pemain nombor enam dunia itu apabila mengikat kedudukan 19-19 di set kedua selepas ketinggalan 13-18 kepada Chen Long yang juga juara dunia. 
Pengalaman nyata berpihak kepada Chong Wei, 33, yang tenang melakukan beberapa hantaran mengelirukan untuk memenangi set kedua 21-19, sekali gus mengheret Chen Long ke set penentuan.

Bekas pemain nombor satu dunia itu lebih berhati-hati pada set ketiga dengan mengurangkan kesilapan mudah serta memantapkan serangan sehingga berjaya mengelirukan Chen Long sebelum menang 21-15.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar