Apa Kata Finalis Kalau Menang RM100,000 ‎Gegar Vaganza‬ Musim 2

Finalis

Komen finalis kalau menang RM100,000 ‎Gegar Vaganza‬ Musim 2.

Naib juara GV2 akan memenangi wang tunai sebanyak RM50,000. Manakala tempat ketiga dan keempat pula masing-masing akan memenangi RM30,000 dan RM15,000.

Siti Nordiana
RM100,000 itu saya akan gunakan untuk membantu ibu dan bapa serta untuk simpanan anak saya, Ryyan Nakhaei. Saya juga akan mengadakan majlis kesyukuran sekiranya bergelar juara pada musim ini. Selebihnya akan saya gunakan sebagai modal untuk membesarkan lagi perniagaan saya sekarang.


Acong Sweetchild
Jika saya menang RM100,000 saya ingin gunakan wang itu untuk membeli rumah. Selebihnya akan dijadikan simpanan untuk kegunaan pada masa hadapan. Insyaallah, kalau ada rezeki saya akan buat majlis doa selamat dan kenduri kesyukuran.

Ezad Lazim
Niat saya sejak awal lagi jika menang RM100,000 ingin pergi menunaikan haji bersama isteri. Kami sudah daftar haji, kalau ada rezeki insya-Allah. Saya juga akan gunakan wang tersebut untuk rumah yang baru dibooking baru-baru ini. Niat satu lagi ialah, ingin buat kenduri kesyukuran kepada semua penyokong dan peminat yang banyak memberi semangat kepada saya selama ini.

Nassier Wahab
Ada beberapa perkara yang ingin saya lakukan sekiranya bergelar juara dan memenangi hadiah wang tunai RM100,000. Yang pertama, saya ingin adakan kenduri kesyukuran, kedua membawa ahli keluarga menunaikan umrah, ketiga membantu anak-anak yatim dan fakir miskin dan yang selebihnya dijadikan simpanan untuk hari tua.

Haiza
Sejujurnya saya hanya fikirkan tentang persembahan malam itu nanti dan belum lagi terfikir tentang wang kemenangan RM100,000. Tetapi kalau dah tanya, saya jawab jugalah. Saya ingin beli aset, buat simpanan untuk diri sendiri, keluarga dan anak.

Farahdhiya
Menang RM100,000 insyaallah nak adakan majlis kesyukuran dan kenduri doa selamat.

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar