Aziz Desa meninggal dunia pagi tadi

aziz desa semasa di hospital

Masih teringat tag line arwah.. "yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita rapatkan, yg rapat kita serasi-serasikan".. Al Fatihah, moga rohnya ditempatkan bersama orang yang soleh.

Aziz Desa, bekas wartawan Berita Harian dan bekas pengacara televisyen popular, yang menghidap masalah buah pinggang kronik, kencing manis dan jantung menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.30 pagi tadi di rumahnya di Langkawi.

Aziz, 50, atau nama sebenar Abdul Aziz meninggal dunia di rumahnya di Taman Seri Dayang, Mukim Kuah, di sini.

Isterinya, Raden Norazlina Raden Jumari, 50, ketika ditemui di rumahnya, berkata mereka sekeluarga baru pulang bercuti di Phuket, Thailand, pada jam 6 petang semalam.

Katanya, sebaik tiba di rumah arwah terus meminta untuk tidur di atas katil.

"Arwah tidur dengan ditemani anak kami di ruang tamu, manakala saya di dalam bilik di bahagian belakang rumah. Saya sedar beliau sudah tidak bergerak dan badannya sejuk pada jam 10.30 pagi," katanya.

Raden Norazlina berkata, jenazah Aziz akan disembahyangkan di Masjid Al-Hana Kuah dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bayas di sini, yang juga kampung halaman Aziz pada jam 5 petang ini.

Sebelum ini, Aziz yang mengidap pelbagai penyakit menjalani rawatan hemodialisis tiga kali seminggu. | Sumber Bharian dan Awani

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar